PIAGAM PELANGGAN
1) Menyeragamkan undang-undang Islam yang komprehensif, berkesan dan sistematik berhubung dengan pentadbiran Mahkamah Syariah dalam tempoh lima (5) tahun.
2) Melaksanakan kemasukan pegawai-pegawai syariah dari negeri-negeri yang bersetuju ke dalam Skim Perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah dengan teratur dalam tempoh enam (6) bulan, dari tarikh perjanjian ditandatangani.
3) Mengendali dan menyelesaikan kes-kes rayuan mal dan jenayah dalam tempoh tiga (3) bulan selepas didaftarkan, dengan syarat semua peraturan telah dipatuhi.
4) Mewujudkan Hakim-Hakim Syarie, Pegawai-pegawai Syariah yang Profesional, berwibawa dan cekap dalam bidang kehakiman dan kepeguaman syarie dalam tempoh lima (5) tahun dari tarikh penubuhan Jabatan.
5) Menguruskan urusan pengisian jawatan kosong dalam tempoh satu (1) bulan dari tarikh permohonan diterima atau jawatan tersebut menjadi kosong bagi menjamin keperluan perjawatan yang mencukupi.
6) Menyediakan system SISPEN bagi semua pegawai dalam tempoh enam (6) bulan dari tarikh pegawai tersebut menerima perkhidmatan Gunasama Pegawai Syariah bagi tujuan perancangan sumber manusia yang cekap dan sistematik.
7) Mewujudkan satu rangkaian “Wide Area Network” (WAN) dalam tempoh tiga (3) tahun untuk melicinkan proses pentadbiran