LATARBELAKANG
Sebelum Mahkamah Syariah Sarawak ditubuhkan segala urusan berhubung dengan perkahwinan, perceraian, nafkah anak, hak jagaan anak dan lain-lain lagi ditadbir dan dibicara oleh Mahkamah Melayu Sarawak. Undang-undang yang dikuatkuasakan ialah Undang-Undanag Mahkamah melayu Sarawak tahun 1915.
Pada tahun 1978 Kerajaan Negeri Sarawak telah menubuhkan Mahkamah Syariah di bawah Undang-undang (Pemerbadanan) Majlis Islam Sarawak dengan menguatkuasakan Undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak.
Pada 1 hb Mac 1985 Undang-Undang Mahkamah Syariah, Order 1985 diluluskan dan dikuatkuasakan.
Setelah dibuat perbincangan dan kajian yang mendalam dan teliti, maka pada 2 Oktober 1990 Mahkamah Syariah Sarawak telah dipisahkan pentadbirannya dari Majlis Islam Sarawak dengan nama Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak.
Lanjutan dari itu, pada 14 Mei 1991 Dewan Undangan Negeri Sarawak telah meluluskan enam rang undang-undang yang berkuatkuasa mulai 1 hb September 1992.
Dalam usaha untuk mengemaskini undang-undang sekali lagi Dewan Undangan Negeri telah meluluskan rang undang-undang pada 6 November 2001 yang dikuatkuasakan pada 1 Disember 2004.