SKIM CEPAT KAYA

 

 

large product photo

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Pada masa ini, Kerajaan mendapati ramai pegawai awam terlibat dalam skim cepat kaya sama ada secara langsung atau tidak langsung sehingga menjejaskan imej perkhidmatan awam.

 

Selain itu, pengendali skim cepat kaya ini turut mengeksploitasi penglibatan pegawai awam bagi memberi gambaran seolah-olah skim sedemikian telah diluluskan oleh pihak Kerajaan untuk menarik pelabur-pelabur lain.

 

Gejala yang tidak sihat ini juga boleh menyebabkan pegawai yang terlibat terjebak dalam masalah kewangan, kekeluargaan dan kemasyarakatan serta akhirnya menjejaskan prestasi pegawai selaku penjawat awam.

Dengan ini Kerajaan telah memutuskan bahawa pegawai awam dilarang sama sekali terlibat dalam mana-mana skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur.

Pegawai awam yang melabur dalam skim cepat kaya akan dikenakan tindakan tatatertib kerana boleh diertikan / ditafsirkan sebagai bersubahat atau bersekongkol dengan penganjur atau pengantara skim tersebut.

Pegawai yang ingkar dengan larangan ini akan dikenakan tindakan tatatertib di bawah Peraturan-Peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993 atau peraturan-peraturan lain yang berkuat kuasa.

Dengan berkuat kuasanya Pekeliling Perkhidmatan ini, semua pegawai awam yang terlibat dalam skim cepat kaya termasuk sebagai penganjur atau pengantara atau pelabur dikehendaki menghentikan penglibatan mereka dengan serta-merta.

 

 

 

 

 

 

WAKTU

BERURUSAN

 

 

 

 

 

 

 

 

Setiap Isnin - Khamis
Pendaftaran dan Pembayaran
8 pagi - 1 petang
2.30 petang - 3.30 petang
Pengurusan Kes
8 pagi - 1 petang
2.30 petang - 5 petang
 
Setiap Jumaat
Pendaftaran dan Pembayaran
8 pagi - 11.45 petang
2.30 petang - 3.30 petang
Pengurusan Kes
8 pagi - 11.45 petang
2.30 petang - 5 petang

 

RENUNGAN BERSAMA

 

 

 

 

 

 

 

"Apabila seseorang itu berkahwin, ia telah menyempurnakan setengah dari agamanya, maka sempurnalah setengah bakinya, dengan bertaqwa kepada Allah"

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Anda Pelawat ke :
Bilangan Pengunjung Web Rasmi JKSN Sarawak

 

 

BAHAGIAN

SOKONGAN

KELUARGA

 

 

Hakcipta Terpelihara 2009 © JKSN SARAWAK

Dasar Privasi| Dasar Keselamatan

PENAFIAN: Kerajaan Malaysia tidak bertanggungjawab terhadap sebarang kehilangan atau kerosakan
yang dialami kerana menggunakan maklumat dalam laman ini.

Sesuai dipapar menggunakan IE versi 7.0 dan ke atas dengan resolusi 1024 x 768.