MENGENAI JABATAN KEHAKIMAN SYARIAH SARAWAK
 

Mahkamah Melayu Sarawak mengendalikan urusan kekeluargaan berdasarkan Undang - undang Mahkamah Melayu Sarawak 1915 dan pindaan 1956,yang terdapat beberapa kelemahan didalam undang-undang tersebut. Pada tahun 1978, Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah Undang-undang (Pemerbadanan) Majlis Islam Sarawak.

Pada 1 Mac 1985, Undang-undang Order 1985 telah dikuatkuasakan.Atas keperihatinan Kerajaan Negeri dalam usaha untuk mempertingkatkan kedudukan dan martabat Islam,Mahkamah Syariah telah dipisahkan pentadbirannya daripada Majlis Islam.

Pada 2 Oktober 1990 tertubuhlah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. Pada 14 Mei 1991, Kerajaan Negeri telah meluluskan 6 rang Undang-undang iaitu;

  • Ordinan Mahkamah Syariah

  • Ordinan Acara Jenayah

  • Ordinan Acara Mal

  • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah

  • Ordinan Undang-undang Keluarga Islam

  • Ordinan Undang-undang Keterangan Islam

Pada 1 September 1992, keenam-enam Ordinan tersebut telah diwartakan perlaksanaannya. Ordinan-ordinan 1991 telah dipinda pada 27 Disember 2001 dan telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2004.