Tema: Biru dan Hijau Tema: Biru dan Hijau Tema: Merah Tema: Hijau
Latar Belakang: 1 Latar Belakang: 2 Latar Belakang: 3 

Kemaskini Pada: 22 Okt 2018
Versi 8.1.2
MENGENAI KAMIMENGENAI KAMI

Mahkamah Melayu Sarawak telah mengendalikan urusan kekeluargaan berdasarkan Undang-undang Mahkamah Melayu Sarawak 1915 dan pindaan 1956, yang terdapat beberapa kelemahan di dalam undang-undang tersebut.Pada tahun 1978, Mahkamah Syariah telah ditubuhkan di bawah Undang-undang (Pemerbadanan) Majlis Islam Sarawak.

Pada 1 Mac 1985, Undang-undang Order 1985 telah dikuatkuasakan. Atas keperihatinan Kerajaan Negeri Sarawak dalam usaha untuk mempertingkatkan kedudukan dan martabat Islam, Mahkamah Syariah telah dipisahkan pentadbirannya daripada Majlis Islam Sarawak.Pada 2 Oktober 1990, tertubuhlah Jabatan Kehakiman Syariah Sarawak. 
Pada 14 Mei 1991, Kerajaan Negeri Sarawak telah meluluskan 6 rang Undang-undang iaitu;

  • Ordinan Mahkamah Syariah

  • Ordinan Acara Jenayah

  • Ordinan Acara Mal

  • Ordinan Kesalahan Jenayah Syariah

  • Ordinan Undang-undang Keluarga Islam

  • Ordinan Undang-undang Keterangan Islam

Pada 1 September 1992, keenam-enam Ordinan tersebut telah diwartakan perlaksanaannya. Ordinan-ordinan 1991 telah dipinda pada 27 Disember 2001 dan telah dikuatkuasakan mulai 1 Disember 2004.